Wednesday, 26 October 2016



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga NMC.

Syukur kepada tuhan, kita sudah hampir ke hujung tahun NMC sesi 2015 / 2016. Justeru mandat Jawatankuasa Eksekutif ( EXCO ) NMC sesi 2015 / 2016 juga akan berakhir. Sebagai persediaan untuk transisi ke tahun baru NMC sesi 2016 / 2017, pemilihan barisan baru EXCO NMC untuk sesi tersebut akan diadakan sepertimana amalan biasa tahun-tahun sebelum ini.

Maka dengan ini, dengan rasminya diumumkan bahawa Pilihanraya NMC 2016 akan berjalan mengikut butiran dan peraturan dibawah.


1. Jawatankuasa eksekutif NMC telah memilih nama-nama calon atas konsep " Automatic Candidacy" untuk memastikan bahawa setiap warga NMC, tertakluk kepada syarat -syarat dibawah, diberi peluang yang sama untuk dilantik sebagai calon.

2. Pemilihan calon adalah berdasarkan kriteria berikut;

a) Belum pernah memegang mana-mana jawatan dalam NMC

b) Tidak merupakan pasangan kepada ahli exco NMC bagi tahun 2015/2016

c) Bukan pelajar tahun akhir, atau bukan seseorang yang tidak akan berada atau kebanyakkan masanya bukan di Nottingham dalam tempoh dari sekarang ke Disember tahun depan (iaitu dari sekarang ke hujung sesi NMC tahun depan).

d) tidak mempunyai komitmen peribadi yang berat termasuk:

i   - Faktor umur >= 45 Tahun ( tidak layak  )
ii  - Ramai anak (e.g. 5 atau lebih)
iii - Mengandung/baru melahirkan anak < 3 bulan
iv - Menghidap penyakit yang kronik dalam rawatan
v  - Berniaga sendiri
vi - Jarak jauh dari Nottingham (amat berbeza berbanding warga NMC yang lain)

3. Suruhanjaya Pilihanraya NMC (SPR) ; Penerangan lanjut mengenai SPR NMC.

Tatacara / Proses mengundi.

a) Suruhanjaya Pilihanraya NMC (SPR) akan maklumkan tempoh semakan untuk beri peluang kepada warga NMC untuk semakan samaada;

i - Senarai calon adalah mengikut syarat-syarat di atas.

ii - Senarai pengundi adalah tepat ( iaitu mereka yang telah membayar yuran )

b) Sekiranya ada yang tersenarai atau tidak tersenarai secara silap, mohon tuan-tuan dan puan-puan memberitahu SPR untuk mempertimbangkan untuk ubah senarai-senarai berkenaan dalam tempoh semakan. Keputusan SPR adalah muktamad.

c) Selepas tamat tempoh semakan tersebut, calon tidak dibenarkan tarik diri dan sebarang pindaan haruslah berlaku dalam konteks barisan EXCO baru ( rujuk perkara 6 dibawah ).

d) SPR akan menggubalkan borang pengundian

e) Senarai calon untuk setiap jawatan adalah disusun secara rawak

f) Setiap pemilih akan membuang undi secara MANUAL pada tarikh dan masa akan di umumkan kelak.

g) Setiap undian adalah rahsia ( kecuali oleh Suruhanjaya Pilihanraya NMC (SPR)

h) Setiap pemilih perlu pastikan beliau adalah seorang ahli berbayar sepertimana senarai ahli berbayar yang diumumkan oleh Bendahari NMC. Undian dari ahli yang bukan ahli berbayar akan dianggap undian rosak. Ahli boleh buat pembayaran yuran, dapatkan pengesahan sebagai pengundi dari SPR dan seterusnya mengundi sebelum tamat tempoh mengundi

i) Setiap pemilih akan membuang SATU undi untuk setiap satu dari 11 jawatan yang di pertandingkan

j) Setiap pemilih dibenarkan mengundi SEKALI sahaja. Undian kali kedua dan seterusnya dianggap rosak/batal dan hanya undian pertama sahaja yang akan diambil kira oleh SPR. Nama anda ( yang boleh dikenali ) akan dipantau oleh SPR NMC untuk memastikan tiada undian yang lebih daripada sekali diambil kira dalam PRU. Nama yang tidak dapat dikesan akan dianggap undi batal.

4. Kaedah penentuan kemenangan jawatan

a) Selepas tempoh pemilihan, SPR akan mengira jumlah undi yang dimenangi setiap calon untuk setiap jawatan.

b) Calon yang memenangi undian terbanyak akan diisytiharkan oleh SPR sebagai pemenang jawatan, tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah disebut diatas, dan juga peraturan-peraturan tambahan di bawah :

i - Jika nama suami dan isteri mendapat undian terbanyak, maka nama pasangan yang tidak belajar atau bekerja akan dipilih untuk memenangi jawatannya, manakala pasangan yang belajar atau bekerja akan di ketepikan. Sekiranya kedua-duanya ada pelajar atau bekerja, maka nama suami akan dipilih untuk memenangi jawatannya manakala nama isteri akan diketepikan. Dalam kes-kes sebegini calon yang mendapat bilangan undian kedua tertinggi akan dipilih sebagai pemenang jawatan tersebut. ( i.e jawatan calon yang mendapat undi terbanyak tetapi diketepikan )

ii - Jika seorang calon mendapat undi terbanyak untuk lebih dari satu jawatan, beliau akan dipilih pemenang jawatan mengikut susunan atau "pangkat" jawatan berikut. ( Pangkat disini hanya untuk urusan pilihanraya manakala secara rasminya, setiap ahli exco NMC adalah pangkat yang sama ) ;

   1 - Penghulu
   2 - Timbalan Penghulu
   3 - Setiausaha
   4 - Bendahari
   5 - Ahli Jawatankuasa SUKAN
   6 - Ahli Jawatankuasa Kerohanian dan Kemajuan Diri
   7 - Ahli Jawatankuasa Kebajikan dan Penempatan ( i )
   8 - Ahli Jawatankuasa Kebajikan dan Penempatan (ii )
   9 - Ahli Jawatankuasa IT, Teknikal dan Aset
 10 - Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (HELWA)  ( i )
 11 - Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (HELWA)  (ii )

iii - Jika dua atau lebih calon untuk sesuatu jawatan mendapat bilangan undi terbanyak yang sama, seorang calon akan dipilih sebagai pemenang secara rawak

5. SPR tidak akan melakukan sebarang pengubahsuaian atau pertimbangan budi bicara keatas keputusan PRU selain daripada berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan diatas dan dalam dokumen TR SPR.

6. Keputusan SPR adalah muktamad. Sebarang perubahan barisan EXCO baru haruslah dijalankan oleh EXCO baru itu sendiri. 





* This blog will be terminate after voting is done



No comments:

Post a Comment