Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga NMC,
Berkenaan dengan pertanyaan mengenai undi pos untuk ahli yang tidak dapat hadir membuang undi pada tarikh dan masa yang ditetapkan, kami AJK NMC 2016 bersetuju untuk tidak mengadakan undi pos atas sebab kekangan masa dan tenaga. Disamping itu, tujuan kami mengadakan undian secara MANUAL adalah untuk memberi kesempatan kepada semua ahli komuniti berkumpul dan mengambil peluang untuk kenal mengenal antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim dengan keluarga lama dan keluarga baru dalam komuniti. Kami juga berharap semua ahli NMC yang telah berdaftar ataupun tidak berdaftar, agar datang memeriahkan majlis dan juga sebagai tanda sokongan dan kerjasama kepada komuniti dan kepimpinan baru yang akan dipilih.
Sekian Terima Kasih.
MARILAH MENGUNDI UNTUK MASA DEPAN NMC
* This blog will be terminate after voting is done
No comments:
Post a Comment